SALAM 1MALAYSIA

SALAM 1MALAYSIA dan Selamat Datang


Wednesday 28 September 2011

Surat Mohon Cuti

No.14, Jalan Pusara,
Kampung Pak Da Malik,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman.


Cikgu Farhana bt. Fazli,
Guru Kelas,
Tahun Enam Takwa,
Sekolah kebangsaan Alor Lintah,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman.                                                     28 MAC 2011.

Cikgu,

Tidak Dapat Hadir ke Sekolah

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya Ahmad bin Ali tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam panas.

2.         Bapa saya telah membawa saya ke hospital dan saya telah menerima rawatan daripada doktor. Doktor menasihati saya agar berehat di rumah dan minum banyak air.

3.         Doktor telah memberikan cuti kepada saya selama seminggu. Bersama-sama ini saya sertakan surat akuan daripada doktor. Saya berjanji akan kembali ke sekolah semula apabila saya sihat.

4. Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah yang tertinggal dan bertanyakan kawan-kawan jika ada apa-apa maklumat yang saya tidak faham.

Saya berharap ianya dalam makluman cikgu.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

    Ahmad
(AHMAD BIN ALI)
Murid Tahun 6 Takwa.

Surat Selenggara Padang

Pasukan Bola Sepak Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Alor Lintah,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman.


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Alor Lintah,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman.                                                 2 FEBRUARI 2011.

Tuan,

Padang Sekolah Tidak Diselenggara dengan Baik

Saya Fakhri bin Fazli ketua pasukan bola sepak sekolah ini ingin menarik perhatian tuan tentang padang sekolah yang tidak diselenggara dengan baik.

2.         Sejak dua minggu yang lalu, pasukan bola sepak telah mengadakan latihan di padang sekolah. Walau bagaimanapun, keadaanrumput yang panjang dan terdapatnya kawasan tanah yang berlubang-lubang menyukarkan pemain untuk menjalani latihan.

3.         Selain itu, keadaan ini turut mengundang bahaya kepada pemain kerana boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

4.         Oleh hal yang demikian, saya memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk mengarahkan pihak yang bertanggungjawab mengatasi masalah ini.

Kerjasama yang pihak tuan berikan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

   Fakhri
(FAKHRI BIN FAZLI)
Ketua Pasukan Bola Sepak sekolah

Saturday 24 September 2011

BIDALAN

Bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebgai nasihat. Bidalan dan pepatah seringkali dikelirukan oleh kerana pepatah pun ada yang mengandungi unsur nasihat. Bidalan mengandungi perkataan-perkataan, jangan, hendaklah, usah, biar, dan ingat.

Berikut ialah contoh-contoh bidalan:
  1. Jika pandai menggunting hendaklah pandai menjahitnya.
    • Kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan.
  2. Jangan bijak berpijak, biar bodoh bersuluh.
    • jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asalkan suka bertanya, pasti akan berjaya.
  3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
    • Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang jangan pandai-pandai mencuba bidang itu, akibatnya buruk.

http://www.skmethodist.edu.my/portal/interaktif/bm/silangkata/bidalan1.htm

HIKMAH DIAM

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
  • Perhiasan tanpa berhias
  • Kehebatan tanpa kerajaan
  • Benteng tanpa pagar
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  • Istirehat bagi kedua-dua malaikat pencatat amalan
  • Menutup segala aib
Antara hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam ialah :
" Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim)