SALAM 1MALAYSIA

SALAM 1MALAYSIA dan Selamat Datang


Saturday 10 December 2011

Bahasa Melayu Tahun 4




Rancangan Pengajaran Harian


Mata Pelajaran                        :   Bahasa Melayu
Kelas                                       :   4 Takwa
Tarikh                                      :   19 Oktober 2011
Masa                                       :   8.15 – 8.45 pagi ( 30 minit )
Bilangan Murid                        :   33 orang
Biddang Pelajaran                   :   Keluargaku Sayang
Tajuk                                       :   Membantu Amalan Mulia
Objektif Pembelajaran            :   8.1.  Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat            
majmuk.
     Aras 3 (i)    Membina ayat majmuk dengan kata hubung.

Hasil Pembelajaran                 :   Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:-
A.     Menguasai isi kandungan
a.    Murid dapat menyebut, menulis kata kerja, kata hubung.
b.    Murid dapat tulis atau bina ayat-ayat majmuk sesuaikan pada tajuk.

B.    Membina kemahiran saintifik, berfikir dan starregi berfikir
a.    Murid akan menulis ayat-ayat dengan nyata berdasarkan kepada gambar dan mengikut pengalaman sedia ada murid untuk menghasilkan ayat-ayat yang bermutu.

C.   Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a.    Murid patuh kepada guru.
b.    Mueid bersikap ringan tulang dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
c.    Murid bekerjasama, bertolak ansur sepanjang melakukan aktiviti bersama ahli keluarga.








Konsep / Prinsip / hukum / teori ( Membantu Amalan Mulia )
a.    Mengamalkan sikap ringan tulang dalam melakukan segala kegiatan atau aktiviti untuk faedah bersama.


Bahan , Peralatan, Sumber:-
a.    Gambar ( aktiviti dalam keluarga- waktu lapang, majlis, santai, gotong-royong )
b.    Kad perkataan ( kata kerja, kata hubung )
c.    Buku tulis murid.


Langkah berjaga-jaga:-
1.    Murid-murid diingatkan supaya selalu mengamalkan sikap tolong-menolong agar setiap kerja yang dilakukan dapat disiapkan dengan sempurna.
2.    Murid juga diingatkan jangan sesekali bersikap memetingkan diri sendiri

Pengetahuan sedia ada murid:-
1.      Murid pernah menolong kedua-dua ibu bapa mereka dalam pelbagai aktiviti seperti persiapan menyambut hari raya, gotong-royong membersihkan halaman rumah dan lain-lain.















Frasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Nota
Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Set Induksi / Permulaan

Mengcungkil idea

( 5 minit )


Aktiviti / kegiatan yang dilakukan oleh murid dan keluarga semasa persiapan menyambut Hari Raya.

Contoh:

Memasang langsir, mengecat rumah, membersih halaman rumah, menggubah bunga,
Hias dalaman rumah, sedia juadah seperti biskut, dodol, ketupat dan lain-lain.


Guru bersoal jawab secara lissan berkaitan apakah yang pernah dilakukan oleh murid apabila ingin menyambut hari raya.

Contoh :

Apakah yang pernah dilakukan oleh awak sebagai persiapan untuk menyambut hari raya?

Murid menjawab sebagai respon kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.

Contoh jawapan :

Saya selalu menolong emak memasang langsir baharu sebelum hari raya tiba.


Strategi / Teknik :

Penyoalan keseluruhan kelas.

Jawapan murid secara individu.

Langkah 1

Menstruktur semula.

( 9 minit )

Kata kerja dan kata hubung.

Contoh kata kerja:

Membasuh, mengecat, membersih, menyapu, mengemas, menanak dan lain-lain.

Contoh kata hubung adalah
dan, supaya, kerana, agar


Guru memberi penerangan berkaitan kata kerja dan kata hubung ( catat di papan tulis )

Guru menerangkan contoh penggunaan kata hubung dalam menulis ayat daripada ayat tunggal kepada majmuk.



Murid mendengar penerangan daripada guru.

Murid bersoal jawab dengan guru berkenaan kata hubung dan pengguna-annya.



Strategi / Teknik :

Penerangan keseluruhan kelas

Soal jawab secara kelas dan individu.








Frasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Nota
Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Langkah 2

( 8  minit )



Gambar keluarga ( aktiviti keluarga sebagai persiapan menyambut hari raya )

Guru edar gambar kepada setiap murid.

Berdasakan gambar, murid mengenal pasti kata kerja yang terdapat di dalamnya.

Guru meminta murid menulis 6 ayat yang lengkap ( ayat majmuk menggunakan kata hubung yang dipelajari sebentar tadi.



Murid meneliti gambar dan mengenal pasti aktiviti yang menunjukkan kata kerja.

Murid menulis 6 ayat lengkap (ayat majmuk) dengan menggunakan kata hubung sebagaimana diminta oleh guru.


Strategi / Teknik :

Pengajaran secara kelas

Latihan individu.

Langkah 3

 Aplikasi idea

( 5 minit )



Baca ayat-ayat yang dutulis oleh murid.

Guru perbaiki kesilapan yang terdapat pada struktur ayat.      

Guru mendengar ayat-ayat yang dibaca oleh murid.

Guru perbaiki kesilapan pada struktur ayat murid.



Murid membaca ayat-ayat yang ditulis mengikut giliran yang ditentukan oleh guru.

Murid lain mendengar dengan teliti semasa rakan mereka mebaca ayat-ayat mereka.

klik untuk tonton


Strategi / Teknik :

Pengajaran secara kelas.

Membaca ayat secara indidu.





Refleksi / Penutup

( 3 minit )

Latihan uji kefahaman murid terhadap pembalajaran (latihan betul atau salah)


Guru edar kertas latihan yang mengandungi 10 soalan yang memerlukan jawapan betul atau salah.

Murid menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru secara individu.

Contoh


Strategi / Teknik :

Latihan individu

         


No comments:

Post a Comment